come! follow me...

Jumaat, 14 Oktober 2011

TENSION!!!!!

Assalamualaikum....
aku baru baik demam...
dah la demam, muntah-muntah
dah macam air terjun,
lepas tu leh pulak perut ni wat 
pembersihan besar-besaran
dengan mengeluarkan semua sisa makanan aku...
(a.k.a. cirit birit!)
tension betul....
dah la x ngam lagi dengan kerja baru ni...
walaupun tetiap hr diulit emas,
rasa tertekan serve customer melebihi segalanya!
ya Allah...
tabahkan lah hati hambamu ini...
aku tau, hati aku tak kuat...
badan rasa lemah sangat sekarang ni...
nak g kerja pun cam takut-takut je...

 takut...
nak lari jauh-jauh buleh???

Ahad, 2 Oktober 2011

wahai hati....

Assalamualaikum...
sesuatu yang datang tanpa diundang,
tidak diminta, dan jika perkara
itu membuat kita sedih,
pasti kita mahu hapuskan dari hati bukan...
itulah yang ku rasakan kini...
hidup rasa tidak bererti,
seperti dilapah-lapah hati ini...
meronta kesakitan...
mata yang memandang, menurunkan
rasa duka itu ke hati...


wahai hati...
bertahan lah kau...
walau dugaan ini hanya terpalit padamu 
wahai hati....
janganlah sekali-kali kau berpaling,
janganlah kau berpaling dari tuhanmu,
walau sebesar mana pun dugaan
yang menimpa...
itu kehendak ilahi...
redhalah wahai hati...
ku tau kau jua tersiksa sebagaimana
tuanmu turut merasakannya
wahai hati....
bersabarlah...
mentari pasti akan bersinar kembali,
dan membawa pergi segala kelukaanmu itu...
sepahit mana pun rasa itu,
pasti ada yang merasa
lebih pahit dari kelukaanmu wahai hati...



wahai hati...
itulah yang dinamakan hidup,
tidak semua yang tuanmu inginkan,
akan dia dapat...
semuanya ada sempadan,
begitu juga hajat yang diingini...
tidak semua akan tertunai...
bersabarlah wahai hati...
pasti ada yang lebih baik yang akan
mendatangi hari-hari tuanmu kelak....
kuatkanlah dirimu,
wahai hati....