come! follow me...

Selasa, 7 Disember 2010

Hari yang mendung + suram... =(

bangun nak solat subuh pagi tadi,
mama kejut mcm nk runtuh rumah aku ni
(al maklum, liat sungguh cik brown ni...)
aku masuk bilik air amek wuduk,
keluar2 toliet, mama dah terpacul depan pintu toilet,
mama cakap " ain, faizal dah meninggal semalam"
aku balas "WHAT!!!, patutla semalam riuh je kat luar....
Inalillah...."
mama sambung, "semalam dia keluar, pastu dia sesak nafas
kawan dia hntr g hospital tapi dia dah meninggal otw...."
aku rasa mcm satu tamparan...
sebab petang semalam aku tengok dia sihat je....
bak kata mama, ajal dia dah sampai...


ya....
memang, yang hidup pasti akan pergi...
itu lumrah, kita kena redha...
tetiba pagi tadi aku rasa sayu je...
teringat dosa2 aku selama ni...
macm mana kalau aku tak sempat taubat....
dosa aku dengan mama, ayah, abang aku...
so, sempena Maal Hijrah ni, aku nak berhijrah juga...
aku nak ubah sikap, aku taknak sakitkan hati orang2 yang sayangkan aku
lagi... 
Ini azam aku sempena Maal Hijrah, semoga aku menjadi hamba, anak, adik, kawan 
dan kekasih yang baik untuk semua yang menyayangi aku selama ni...


Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Afandi.... 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan